Followers

Monday 8 August 2011

Resepi Chocolate Mousse

Jangan samakan chocolate mousse dengan tikus coklat pulak..! Ni satu lagi resepi yg simple dan xperlu guna oven/microwave/dapur & itu ini. Just ada handmixer pun cukup lah. Bahan2 pun x banyak, simple macam nak buat tiramisu jugak. Benda ni tergolong dalam puak2 pencuci mulut la, makan lepah ngap nasik. Tekstur benda ni pula lebih lembut + gebu berbanding puding. Ada jugak rasa macam sos coklat n manis gittuuu. Apa2 pun, selamat mencuba lah!^_^


Resepi Chocolate Mousse

chocolate mousse
Bahan-bahannya:
160g dark chocolate - dipotong kecil2
15g mentega
3 biji telur - asingkan kuning telur dan putih telur
secubit garam
2 sudu besar gula
biskut wafer

Cara-caranya:
  1. Masukkan coklat, gula dan mentega ke dalam mangkuk A. Panaskan di atas periuk yang berisi air yang mendidih seperti step di bawah. Kacau sehingga coklat itu cair. Biarkan sejuk selama 1-2 minit.
  2. teknik mencairkan coklat
  3. Dalam masa yg sama, masukkan secubit garam ke dalam putih telur. Pukul putih telur dengan handmixer di dalam mangkuk B sehingga gebu macam step di bawah ni.
  4. pukul putih telur sampai gebu ini macam.
  5. Untuk kuning telur pula, pukul di dalam mangkuk C.
  6. Masukkan adunan coklat mangkuk A ke dalam mangkuk C yang berisi kuning telur. Kacau.
  7. Masukkan adunan tersebut ke dalam mangkuk B. Gaul menggunakan teknik 'cut and fold' untuk mengekalkan adunan yang gebu.
  8. Tuangkan ke dalam cawan, dan sejukkan di dalam peti sejuk selama beberapa jam ataupun sehingga sedikit keras (bukan dalam freezer tau!). 
  9. Hiaskan dengan potongan biskut wafer di atas nya. Sedia dihidang
simple macam kupas kulit kacang
Tadaaa...! Macam ni la rupanya. Nampak mewah, padahal,,,. . . . .hahaha~ 4 cawan yang aku dapat. Aku makan 1 je, yang lain anak sedare aku kebas. Huuuuuu.....! ~ 
    Simple je kan. Selamat makan~ :D