Jangan samakan chocolate mousse dengan tikus coklat pulak..! Ni satu lagi resepi yg simple dan xperlu guna oven/microwave/dapur & itu ini. Just ada handmixer pun cukup lah. Bahan2 pun x banyak, simple macam nak buat tiramisu jugak. Benda ni tergolong dalam puak2 pencuci mulut la, makan lepah ngap nasik. Tekstur benda ni pula lebih lembut + gebu berbanding puding. Ada jugak rasa macam sos coklat n manis gittuuu. Apa2 pun, selamat mencuba lah!^_^
Resepi Chocolate Mousse
chocolate mousse |
Bahan-bahannya:
160g dark chocolate - dipotong kecil2
15g mentega
3 biji telur - asingkan kuning telur dan putih telur
secubit garam
2 sudu besar gula
biskut wafer
biskut wafer
Cara-caranya:
- Masukkan coklat, gula dan mentega ke dalam mangkuk A. Panaskan di atas periuk yang berisi air yang mendidih seperti step di bawah. Kacau sehingga coklat itu cair. Biarkan sejuk selama 1-2 minit.
- Dalam masa yg sama, masukkan secubit garam ke dalam putih telur. Pukul putih telur dengan handmixer di dalam mangkuk B sehingga gebu macam step di bawah ni.
- Untuk kuning telur pula, pukul di dalam mangkuk C.
- Masukkan adunan coklat mangkuk A ke dalam mangkuk C yang berisi kuning telur. Kacau.
- Masukkan adunan tersebut ke dalam mangkuk B. Gaul menggunakan teknik 'cut and fold' untuk mengekalkan adunan yang gebu.
- Tuangkan ke dalam cawan, dan sejukkan di dalam peti sejuk selama beberapa jam ataupun sehingga sedikit keras (bukan dalam freezer tau!).
- Hiaskan dengan potongan biskut wafer di atas nya. Sedia dihidang
teknik mencairkan coklat |
pukul putih telur sampai gebu ini macam. |
simple macam kupas kulit kacang |
Simple je kan. Selamat makan~ :D