Followers

Sunday, 7 July 2013

Keciwa oh Keciwa. So how i'm gonna deal with it tonite?



1) Google "How to deal with frustration"
2) baca...then dia cakap: perasaan kecewa ni datang sbb kita x dapat apa yg kita nak/expect.
3) if u cant change the world, you must change yourself.
4) think different perspectives. Positive!
5) take a deep breath.

Lego sikit ambo. Mokasih la wikihow. Ngeh ngehh :')

Thursday, 4 July 2013

Relationship. Force. Love.



Assalamualaikum.

Tetiba gua rasa gua nak share pendapat gua pasal "We cannot force 'LOVE' in a relationship". Dan ni first time jugak gua update blog pakai mobile phone. Dah lama bebenor gua x bukak lappy. Hadooii..!



As u know, Cinta a.k.a LOVE nih, it comes naturally. Perasaan nih datang dari lubuk hati kita, bila kita bleh feel, ada 'connection' di antara seseorang tuh, yg mana membuatkan kita rasa teringin, ingin tahu, ingin mendekati, menyelami, dan berasa teruja, baik dari segi fizikal, mental, emosi ataupun spiritually. 
Rasa macam, "Fuhh...!! Rase macam kena zapppppp jantungku tengok dia nih.. walaupun dengan tengok pandangan mata dia je, aku rasa aku nak dia jadi milik aku, hak aku...!" haha lebih kurang gitu lah.

Asal sebut je "daya tarikan", tiap2 manusia nih akan tertarik pada something. Terpulang atas diri masing2... Ade yg suka girl/guy yg just nice, malu2.. Ada yg suka bad girl or bad boy looking. (mcm yg aku suka, HohohHoHO). Tu kita semua punya suka masing2 ah. As long as it makes us happy, tak payah la korang nak risau/peduli apa orang cakap. "Weh ko takyah ah suka kat dia, aku tengok dia muka macam pecah rumah je" ataupun "Siryes ko minat dia?? Hishh bukan taste aku dowhh, rambut belah tepi berkilat, sebijik macam cikgu zaman penjajahan jepon". 
Alahhh.. Tu taste mung, bukan taste aku. Aku punya taste, aku punya suka laa! Haa gituhh.


Relationship. A good relationship nih akan wujud atas beberapa faktor; 

  • KEPERCAYAAN.
  • KOMUNIKASI.
  • DAYA TARIKAN (ATTRACTION).
  • KESESUAIAN (COMPATIBILITY).
  • KASIH SAYANG.
  • RASA HORMAT.

Tanpa salah satu ni pun, sesebuah hubungan tu akan goyah. Contohnya macam ni lah, kemain mung sayang dia, hari2 duk text/call dia, punya la hensem pakwe mung, tapi last2 skali dia tipu mung kaw kaww punya, ciss ada awek lain 3 ekoq lg. Mentang2 la buleh pasang 4! Kat situ pun dah nampak, betapa susahnya nak jaga sesuatu hubungan nih. Begitu jugak hubungan dengan family korang, kawan, sahabat, dll.... Tolak point "daya tarikan" ah. Takkan ko nak sayang member2, kakak & habang pon nak pilih rupa. Haiya. . Kalo macam tu skali, siryes aku nak bius korang. Siryes !

Satu lagi point yang aku nak tekankan kat sini, KESESUAIAN. Kalo korang ni jenis yang suka gelak huhahuha, yang mamat sorang ni pulak jenis yang serius, (maybe zygomaticus muscles dia defect kat saraf kot, rosak. takde function) mungkin tu petanda he is not the one for you lah. Hurmm... Korang kena cari seseorang yang mana korang boleh jadi diri sendiri, tak perlu berlakon utk jadi orang lain, okey?

Tapi apa2 pon, point kat sini; korang kena ikut kata hati sendiri.. Bila dah suka kat dia, toksah duk dengar lah apa orang lain kata. Selagi ia tak membunuh atau memudaratkan korang. Yang penting, hati kita kena happy brooo. Baru best nak mengharungi liku2 perjalanan hidup nih. Ke guane ??


LOVE. Love is about being with the one who makes your heart flatter. Asal ko tengok dia je, aisehhh.. Sejuk ati beb... Yang tadi hati sakit, hangen, melatops. Tapi bila ko pandang cinta hati ko, korang dapat tarik nafas lega.. Calm down.. Hati tetiba rasa tenang. :) Bahagia kan kalau camtu??

Jadi, bila ada aweks/mamats yg duk kejar2 korang sampai nak putus kepala lutut, tapi korang still cuba menjauhkan diri dari dia, sah! Hati kamu bukan untuk si dia beb.. Sbb, perasaan ni tak boleh dipaksa2.. Even dengan duit pun, perasaan tu datang dari cinta kat duit. Bukan empunya diri yang bagi duit tu.

Meh aku nak tanya. Yang mana korang pilih, "Money or Love?". Bagi pendapat aku sendiri pon, takde kasih sayang pun, takleh. Takde duit pun, takleh. Sbb kedua2 tu penting kalo nak idup atas doooOoniawi yg fana neh. Kalo takde salah satu, hidup merana gak. Betul x ape yg aku cakap? So, bila dah sayang cinta kasih kat dia, korang kena laa usaha utk cari nafkah n rezeki. Kalo bagi CINTA & SAYANG je, tapi orangnya duk goyang kaki makan kerepek depan tv layan drama tv3, $$$ nak bayar plastik nasik goreng pun tarak, buat hapa ?? Kena la balance dua2 ni.. Sbb kalo hubungan semata-mata $$$ pon merana gak. Suami sibuk duk outstation sana sini, kita duk terperuk ngan LV, makan ngan Gucci, main cikuuuucakk ngan Prada, borak2 sorang diri ngan kasut Christian Loboutin. Tak ke sunyi hidop ngko?? Huhuhu....

'Perasaan suka & cinta'. Korang berhak bersama ngan someone yg mampu mengukir senyuman d bibir korang. Dengan ini, bila jatuh ke hati, secara otometiknya kita terasa nak, ingin, berkongsi segala-gala yg kita ada. Termasuk berkorban demi melihat sebuah senyuman juga terukir d bibir dia. How sweet...:') tu lah perasaan yang tuhan lahirkan kat dalam diri kita.. Sbb tu setiap manusia perlu berpasangan! Coz we cant live here all alone.. Terlalu berat nak hadapi semua ni sorang2.. Lelaki dan perempuan haruslah saling melengkapi.. Do u sokong what i said?? Heheh ! *Dr.Cinta*


"To Love & To Be Forced To Love". Macam yg aku dok potpetpotpet tadi, perasaan manusia nih tak boleh dipaksa tau! Dengan sendirinya ia akan datang, sebabnya sesebuah perasaan ni adalah anugerah Ilahi.. You should be with someone whom you get excited to see! :) baru lah muka tak monyok2 lagi. Kan? Fuiihh excited nih nak jumpa orang yang kita dah lama minat nih, dah lama suka nih! Nerves33..!! Haaa lebih kurang camtu la kan..

However, kita jugak takleh paksa seseorang tu untuk suka kat kita. Perasaan dia juga anugerah Allah.. Yang tu kita kena terima, walaupun dengan hati yg perit, kecewa, sedih..! Yang penting, kena sentiasa doakan moga2 pintu hatinya terbukak utk kita... Dah2.. jangan sedih2 lagi wokey...! ;)

"Don't force yourself to love someone, and don't force someone to love you". Coz it is nearly impossible due to the mechanism of love itself! Sebabnya, jika kita paksa2 perasaan nih, ia macam main games je lah, game DOTA, poker. Buat apa lah kan... Semua tu ibarat permainan.. Last2 skali, GAME OVER !


Anyway, sebelum aku habiskan entry nih, meh aku nasihatkan korang. Heart naturally loves when we remove judgements. Terimalah n syukurlah ngan apa yang ada...;) okey??

Sekian.

Tuesday, 8 January 2013

Sepagi Bersama Muslimah by ATMD Click




Assalamualaikum! 


Ni ade satu kisah yang bermula dengan begini . . . .,,

Hari tu masa dok bosan2 main fb, tetibe ade la sorang hamba Allah inbox untuk jadi model muslimah dalam satu outdoor photoshoot kat Putrajaya. Di kala musim exam bagai hujan lebat ribut petir ni pun, tanpa berfikir banyak kali, aku terus terima sebab memerlukan fulus $$$ nak isi minyak kete n isi topup Touch n Go hahaaa. . . . BEREH SELALU BOH. . . takde masalah sebab Putrajaya dekat ngan aku.                                    

Maka, encik photographer yang bernama Ahmad Tarmizi Mohd Dharus jugak dikenali sebagai ATMD pon gitau lah, Engku nanti pakai 2 outfits yang bercirikan gadis remaja muslimah tau. Aku pening lalat jap. Sebabnye aku dah takde baju baru HAHAHA ! Nak gi photoshoot ni bukan macam bukak almari then cari tshirt & kain batik pastu sarung macam tu, BUKAN! Pastu satu lagi, takkan nak pakai baju yg sama. Hari tu shoot kat situ pakai baju ni, hari ni shoot ko nak pakai baju ni pulak. Heiiissh !! ada aku kisah?? Walaupon ada aku kisah, mulut2 kat belakang tu la pulak yang kisahh ! hahahahampeh. . . 

So, nak taknak, terpaksa la aku usaha sendiri cari sponsor baju dan kain tudung. .Pikir punya pikir, aduh macam mana aku nak cari sponsor nih  . . jadi, aku amik langkah  yang tak pernah aku terpikir nak buat, iaitu. . .iaitu. . .iaitu. . . ,,, buat status kat facebook yang berbunyi:  Assalamualaikum! Pada hari sabtu ni 5hb januari, satu outdoor photoshoot muslimah akan diadakan d kawasan putrajaya. Mana2 butik yang berminat utk sponsor baju/tudung, bleh PM saya utk keterangan lanjut. 2 pasang sahaja. Gambar2 akan diambil oleh 5 org photographers dan akan dikreditkan kpd butik tersebut. Tq! :)  



Ni kira untung la bagi pihak sponsor n aku sendiri. Hehehe aku pon dapat pakai baju n tudung yg tak pernah aku pakai, pastu pihak butik pon akan dapat gamba2 baju/shawl yang diorang jual tanpa keluarkan modal. . bukan murah wei nak upah photographer plus sewa studio plus bayar rate model plus upah makeup artist. Tu semua pon dah lebih rm1000 you know! So ni kira macam WIN-WIN situation untuk aku dan pihak butik tersebut. . . ALHAMDULILLAH...Cuma abe-abe photographer la yang keje penat sikit heee. . . tenkiu deh ! : . . . .)   Terutamanya kat abe Mizi ATMD....penat anjurkan event yg best n ohsem ni! ^_^



Maka, dengan berbesar hatinya saya ingin mengucapkan terima kasih kpd pihak sponsor pakaian dan tudung iaitu. . .jeng jeng jeng. . . .!! Hijabzone7 untuk tajaan tudung dan Dafinah Collections untuk tajaan pakaian ! :D Cantik sangat2 shawl dan baju kurung ni semua....hehe <3












Terima kasih semua yg terlibat menjayakan event nih. Walaupun awal2 start photoshoot saye hampir nak pitam sebab tak breakfast...HEHEHE (T_T) Kakak n abe semua sporting2 n kita semua enjoy, siap buleh makan nasik arab SABA Restaurant kat Cyberjaya lagi ! owner Dafinah Collections belanje... hohoho ^_^



CREDITS TO:

EN. AHMAD TARMIZI MOHD DHARUS & TEAM OF PHOTOGRAPHERS

HIJABZONE7 

DAFINAH COLLECTIONS


Sekian and thank you for reading! :D

Wednesday, 2 January 2013

Butik Aneesa Amani Kuala Lumpur



Assalamualaikum!

Seperti yang dijanjikan aritu, esul nak promote satu butik ni yang dikenali sebagai Butik Aneesa Amani. Butik ni ade kat KL, tapi takde masalah laa kalo duk jauh2 pun, coz butik ni pun kite bleh order secara online. Haaa senang gituhh ! :D

Sebelum tu Esul nak share sikit pengalaman kat adik2 yang berminat dalam modelling muslimah. Macam mana kak esul dapat offer to cooperate with this online shop. Katanya owner butik ni, beliau ade cuba google keyword 'model muslimah', pastu terjumpa blog kak Esul. So, dia terus contact facebook kak Esul. Alhamdulillah... rezeki jugak rupa2nya main blog nih walaupun akak jarang gilaaa update, hukhuk ! :') Jadi, salah satu tips untuk involve dalam bidang ni, adik2 akak ni boleh la start berblogging... tak salah kan kalo cuba! ^_^

Shootnye pulak kat Serindit Photo Studio di area Wangsa Maju. Jauh wooo ngan UPM...tu yang wat i paling sedih tu...bukan senang nak merangkak pergi balik ke sana,, wahaha (T_T) Dari awal2 pagi dah esul bangun bersiap2... bertolak ke sana dalam kul 8.30pagi, balik UPM pulak tiba dalam 4.30 ptg...memang penat aa woi... takde keje yg senang dalam doooOnia nih adik2! :')

Berbalik pasal butik ni, kalau adik2 kakak2 nak tahu, fabrik2 dress n shawl diorang nih memang berkualiti tinggi. Memang aa tak same ngan gerai2 tudung yang kat pasar2 atau tepi jalan tu.. So, bila kita pakai pun dari jauh lagi nampak lain! Nampak wow gituuu ! Haa..., berminat tak???

Koleksi tudung ni ekslusif dari butik ni je tau.. Apa lagi, jom shopping ! :D

Koleksi terbaru 2013


 **SHAWL ADDA**

RM39.00

MATERIAL : HIGH QUALITY FANCY CHIFFON
POTONGAN : HALF MOON
UKURAN ~ LEBAR : 63cm/25 in : PANJANG : 185cm/74 in

InsyaAllah, Shawl ini boleh menutupi bahagian dada.
Mudah digayakan dengan pelbagai cara... Selamat Mencuba ..!!!

PENJAGAAN :
Cucian tangan sahaja. Tidak digalakkan pencucian mesin.
Hand wash only. Machine wash not advisable.

CODE : ADDA – AD 03

ADDA – AD 01

CODE : ADDA – AD 05

CODE : ADDA – AD 02

CODE : ADDA – AD 06

CODE : ADDA – AD 04


 **DRESS LAYLA**

Harga Baju: RM69
Harga Skirt/Kain: RM59 (Potongan Mermaid)

Saiz: S, M, L
Jenis Kain : Lycra

Potongan Baju:
Saiz S : Bahu & Dada - free size, Pinggul 44-45in, Bhg Bwh Baju 35in, Labuh 28-31in
Saiz M : Bahu & Dada - free size, Pinggul 47-48in, Bhg Bwh Baju 38in, Labuh 28-31in
Saiz L : Bahu & Dada - free size, Pinggul 49-50in, Bhg Bwh Baju 40in, Labuh 28-31in


CODE: LAYLA PLAIN - LY 02 (DARK PURPLE)

CODE: LAYLA PLAIN - LY 01 (BLUE)

CODE: LAYLA PLAIN - LY 03 (AVOCADO)

CODE: LAYLA PLAIN - LY 04 (BLACK)


**DRESS NAJIHAH**
Harga Baju: RM79
Harga Palazzo: RM60



**SHAWL ZARA**

RM49.00

MATERIAL : HIGH QUALITY CHIFFON
POTONGAN : PANJANG
UKURAN ~ LEBAR : 65cm/26 in : PANJANG : 185cm/74 in

InsyaAllah, Shawl ini boleh menutupi bahagian dada.
Mudah digayakan dengan pelbagai cara... Selamat Mencuba ..!!!

PENJAGAAN :
Cucian tangan sahaja. Tidak digalakkan pencucian mesin.
Hand wash only. Machine wash not advisable.
CODE : ZARAA – ZR 01

CODE : ZARAA – ZR 04

CODE : ZARAA – ZR 03

CODE : ZARAA – ZR 02


 **DENIM AMRA**

Harga Baju: RM98
Harga Skirt/Kain: RM59 (Potongan Mermaid)

Saiz: S, M, L, XL
Jenis Kain : Soft Cotton Denim (stretchable fabric)


Potongan Baju:
Badan - Potongan Kembang

Size S : Bahu 12 Tangan 22 Dada 28 Labuh 38 inci
Size M : Bahu 13 Tangan 22 Dada 34 Labuh 38.5 inci
Size L : Bahu 14 Tangan 22 Dada 37 Labuh 39 inci
Size XL : Bahu 15 Tangan 22 Dada 40 Labuh 39 inci

CODE: AMRA Denim - MR 02 (BLUE)

CODE: AMRA Denim - MR 01 (BLACK)


How To Order:

Mula2 sekali, LIKE page Butik Aneesa Amani kat facebook dulu ok! Pastu, follow steps kat bawah ni. Senang je. INGAT! Contact page butik ni tau, bukan contact Esul. Esul tukang promote je nih HAHA !

Cara yang mudah untuk order & sila baca arahan dibawah:
1. Sila browse koleksi dalam album kami dan dapatkan maklumat seperti nama item, code, harga, material, warna, saiz dan ukuran.
    Nyatakan jika mahu beli 1 set/sepasang samada baju dan skirt/palazzo.
2. Hantar message via PM/Inbox dgn maklumkan order anda seperti berikut
      a) Order detail (item name, code, size dan kuantiti order)
      b) Buyer detail (nama, alamat penuh dan contact no)
3. InsyaAllah kami akan balas message anda dalam masa 24-48jam (@>48jam jika outstation@kesibukan diluar kemampuan-Maaf).
    (Note: Selalunya pihak kami akan reply msg pd waktu malam)
4. Once item sudah confirm, sila buat bayaran secepat mungkin. Wajib attachedkan bukti pembelian.
    Perhatian!! backout buyer di larang sama sekali.
5. Parcel akan di POSLAJU pada setiap hari bergantung kepada status order.
    Senario1: Payment hari ini sebelum pukul 11mlm - parcel akan di pos next day.
    Senario2: Payment hari jumaat/sabtu & ahad sebelum 11mlm - parcel akan di pos hari Isnin. 
    Senario3: Status kami outstation - kami akan inform date utk pos. TQ


Selamat bershopping! Muahh :-*