Followers

Thursday, 14 July 2011

Resepi Tiramisu, Cup Corn & Kastard Karamel untuk warga2 bujang

Amat lama wa x update blog. Kulaput2 hijau mulai tumbuh. Apa2 pon wa xnak cakap banyak. Wa nak update resepi2 baru. Senang and simple. Sesuai utk pemalas yang tegar macam wa. :’)

Reviews:

Tiramisu

Tiramisu – harga tiramisu kt kedai mahal gila. Act, cara nk buat seriously senang & xperlu guna oven. Hanya perlukan peti sejuk & hand-mixer. :)

Cupcorn
Sweetcorn a.k.a jagung manis – aku pun pelik, why benda yang simple ni, harga utk 1 cup yg kecik macam kutu tu harga RM2.50. makan xsampai 2-3 sudu pun dah licin. Padahal bajet utk beli bahan2 wat sweetcorn ni xde la mahal pun. So, buat la sdiri. Lagi jimat dong.

Custard Caramel

Puding Telur – Kat kedai ni, RM2 sepotong ok….sebab tu laa aku suka masak on my own. Jimat dol.. Jimatttt.

*****
Resepi Tiramisu

Bahan-bahan:
200g cream cheese (boleh didapati di pasaraya)
200g whipping cream
½ cawan gula halus
1 pek besar biskut / kek span (dicelup ke dalam air kopi)
1 paket 3 in 1 nescafe or milo (utk hiasan)

Cara-caranya:
  1. Pukul whipping cream di dalam mangkuk adunan dengan hand mixer sampai gebu.
  2. Masukkan cream cheese & gula halus. Pukul sampai adunan itu segebu mungkin. Ketepikan.
  3. Untuk lapisan pertama, susunkan kek/biskut yg telah dicelup kopi ke dalam bekas kek. Untuk lapisan kedua, masukkan sedikit adunan krim tadi. Ulang langkah ini sehingga adunan habis.
  4. Hiaskan tiramisu dengan menabur 3 in 1 nescafe/milo di lapisan paling atas.
  5. Sejukkan di dalam peti sejuk selama 4-5 jam ataupun semalaman. Sedia untuk dihidang. :)
Yaaa.. tiramisuku amat buruk rupanya... T_T

 *****
Resepi Jagung Manis a.k.a Sweetcorn
(serves for 1 person)



Bahan-bahan:
1 cawan jagung manis sejuk beku – rebus sehingga masak, dan toskan airnya.
2 sudu susu pekat – jika ingin kurang manis, hanya guna 1 sudu besar.
½ sudu besar butter/marjerin planta
2 cubit garam

Cara-caranya:
  1. Masukkan jagung manis yg telah direbus ke dalam cawan.
  2. Satukan kesemua bahan, dan gaul sehingga rata. Sedia dihidang.

p/s: kalau pakai microvawe, steam jagung tu 3-4 minit atau sehingga masak. Pastu boleh terus digaul dengan bahan2 lain.

*****
Resepi Kastard Karamel a.k.a Puding Telur
(serves for 1 person)


Bahan-bahan:
-Puding
1 biji telur – pastikan gred telur yg besar. Kalau kecil, guna 2 biji.
2 sudu besar susu pekat – dikacau dengan ½ cawan air
1 sudu besar gula

-Sos Gula Hangus
3 sudu besar gula
Air secukupnya

Cara-caranya:
  1. Pukul telur, gula & air susu di dalam mug/cawan besar sampai sebati.
  2. Kukus selama 10-15 minit atau sampai masak.
  3. Untuk sos pula, masukkan gula & 1 sudu besar air ke dalam periuk. Masak & kacau sehingga warna perang & pekat. Tutupkan api. Tambahkan ½ cawan air, kacau sehingga gula hangus itu cair. Tuangkan ke atas puding telur tadi. Sedia dihidang.
p/s: kalau guna microvawe, set power to medium high, kukus puding tu selama 5 minit.

That’s all for now. Ada resepi baru yg senang2, aku update plak. :)

And thanks Google for the images. Malas punya pasal. :p

Mekasih!

3 comments:

rahman said...

sedap jah napok....ejah g dumoh rayo ni...hahahaha

aHmaD haRieZ FuzeIN said...

Sedak molek makane..... huhuhu~
tapi lagi sedak kalu leh post bagi sini :)) hahaha!

esul said...

haha! buleh2! nati sayo masok ko sep2 awok :P