Followers

Thursday, 22 December 2011

Masalah jerawat?


Adalah perlu dan wojikkk keno tahu bahawasanya jerawat udah pasti akan naik di muka kalu ibu2 bapak2 semua tidak menjaga kebersihan kulit muka. So, hari ni aku share sikit tips penjagaan kulit muka & produk review yg aku pakai.

fuii~ fuii~
***
1st step! Yang ni wajib kena tahu. JANGAN SENTUH2 PEGANG2 MUKA ANDA DENGAN TANGAN YANG TIDAK DIBASUH. Yeahhh...yg ini penting sekali dong. benda basic! U know, tangan kita adalah kenderaan bagi bakteria dan kuman2 yg anda sentuh dari tandas, kain buruk, laptop, mouse, menatang peliharaan, surat khabar n segala benda yg dipegang tuh. Semua ade kuman, bakteria, debu n bagai2. FYI, debu adalah sel-sel kulit yang mati yang terbang dari kupingan2 kulit manusia. A serious fact!

sanggup pegang muka dengan tangan nih??
Bayangkan la, sebagai contoh, korang naik la pengangkutan awam macam bas, komuter, LRT.. Ade la pulak bangla indon yang berpeluh2 jebat, tangan baru lepas kuar tandas entah basuh cuci ke tak pulak tuh duk pegang holder. N then, die pun blah. Dengan begitu bangga, korang pulak yg pegang holder tuh. Maka, segala kuman & pathogen2 mereka melekat rapat di tangan korang. Dengan jaya nya pulak, korang garu muka korang dengan tangan tuh. Memang gooood sangat kannn. Xsampai beberapa jam, muka dah start naik bintik merah, dan mula laa bertempik berteriak muka naik jerawat. Ade tak yang pernah kena macam ni??

So, cara yang betul utk pegang muka korang, basuh tangan dulu. Kalau x pun, lapik tangan tu dengan tisu. Kalu xtahan sangat2 nak garu muka yg menggatal tuh, garu dengan belakang tangan. Pelik bunyinya? Hentam saja lahhh macam mane pun. Aku pun bleh buat, tak kan korang xboleh pulak kan. Ohohoho~

***
2nd step, ade 2 jenis pencuci muka. FOAM & SCRUB.
Foam tu, cam biasa la kan. Buih je banyak. aku sarankan guna produk SAFI gamat/cucumber. Rasanye diorang ni sesuai utk semua jenis kulit kot. Ramai member2 aku pakai. Aku pun pakai sejak form 3 lagi. Ok la.

pencuci muka safi gamat
Scrub pulak tekstur dia macam pasir2. Fungsinya menghaluskan kulit dengan menanggalkan sel-sel mati yg wat kulit muka korang dull tuh. Pakai dalam 2-3 kali seminggu.

face scrub
krim kunyit tia amelia
***
3rd step, pakai la treatment cream specialized utk ape masalah kulit korang tu. Kalu aku, aku pakai Krim Kunyit Tia Amelia. Pakai dari umo aku 17 lagi kot! Produk terbaik ah bagi aku. Beliau mengurangkan jerawat2 yang suka membuat habitat di kulit muka ku. Plus, beliau juga mencerahkan kulit n mengurangkan kesan parut jerawat. GOJESSS habis! Walaupun bekas die kecik macam kutu, tp aku pakai sikit je, tu pun lepas mandi sebelum tido. Ade la tahan sampai 2-3 bulan jugak.

Hada Labo
***
Nexttttt! 4th step, pakai la moisturizer/pelembap muka, kasi u orang punya muka melantun2 & gebu siokkkk. Kalu hentam ngan bola pingpong kat muka pun melantun habis ah. Orang yang suka berkerut2 dahinya perlu ah pakai sebab benda ni menyukarkan penciptaan garisan2 halus yang berlipat-sirat di dahi. Aku sebelum tampal bedak, aku bagi kulit muka aku begelumang dulu dengan pelembap, kasi mereka ga bikin gua masalah kulit kering, lagi2 dalam kuliah yg pasang air-cond sejuk yg kegilaan tuh. For now, aku pakai moisturizer Hada Labo, produk dari Jepun. Bleh cari kat Watsons/Guardian. Katanya 1 titik benda ni bagai 6 liter air coz beliau mengandungi super power hyaluronic acid bang. Terbaikkk!

jeng jeng jeng! after 4 rutin sebelum g kelas.
4 steps ni la rutin harian aku.. tapi time stress gila tu mesti naik jerawat jugak. Bila dah naik jerawat, parut susah gile nak hilang. Haishh. Cobaan...Cobaan....

Sekian.

Sunday, 16 October 2011

Dah tukar. http://engkusulwani.blogspot.com/

assalamualaikum member2!

macam tajuk di atas.

aku dah tukar bloglink dari http://esulsuesue.blogspot.com/ ke http://engkusulwani.blogspot.com/



sekian & good night dear friends! :)

Monday, 8 August 2011

Resepi Chocolate Mousse

Jangan samakan chocolate mousse dengan tikus coklat pulak..! Ni satu lagi resepi yg simple dan xperlu guna oven/microwave/dapur & itu ini. Just ada handmixer pun cukup lah. Bahan2 pun x banyak, simple macam nak buat tiramisu jugak. Benda ni tergolong dalam puak2 pencuci mulut la, makan lepah ngap nasik. Tekstur benda ni pula lebih lembut + gebu berbanding puding. Ada jugak rasa macam sos coklat n manis gittuuu. Apa2 pun, selamat mencuba lah!^_^


Resepi Chocolate Mousse

chocolate mousse
Bahan-bahannya:
160g dark chocolate - dipotong kecil2
15g mentega
3 biji telur - asingkan kuning telur dan putih telur
secubit garam
2 sudu besar gula
biskut wafer

Cara-caranya:
  1. Masukkan coklat, gula dan mentega ke dalam mangkuk A. Panaskan di atas periuk yang berisi air yang mendidih seperti step di bawah. Kacau sehingga coklat itu cair. Biarkan sejuk selama 1-2 minit.
  2. teknik mencairkan coklat
  3. Dalam masa yg sama, masukkan secubit garam ke dalam putih telur. Pukul putih telur dengan handmixer di dalam mangkuk B sehingga gebu macam step di bawah ni.
  4. pukul putih telur sampai gebu ini macam.
  5. Untuk kuning telur pula, pukul di dalam mangkuk C.
  6. Masukkan adunan coklat mangkuk A ke dalam mangkuk C yang berisi kuning telur. Kacau.
  7. Masukkan adunan tersebut ke dalam mangkuk B. Gaul menggunakan teknik 'cut and fold' untuk mengekalkan adunan yang gebu.
  8. Tuangkan ke dalam cawan, dan sejukkan di dalam peti sejuk selama beberapa jam ataupun sehingga sedikit keras (bukan dalam freezer tau!). 
  9. Hiaskan dengan potongan biskut wafer di atas nya. Sedia dihidang
simple macam kupas kulit kacang
Tadaaa...! Macam ni la rupanya. Nampak mewah, padahal,,,. . . . .hahaha~ 4 cawan yang aku dapat. Aku makan 1 je, yang lain anak sedare aku kebas. Huuuuuu.....! ~ 
    Simple je kan. Selamat makan~ :D

    Thursday, 14 July 2011

    Resepi Tiramisu, Cup Corn & Kastard Karamel untuk warga2 bujang

    Amat lama wa x update blog. Kulaput2 hijau mulai tumbuh. Apa2 pon wa xnak cakap banyak. Wa nak update resepi2 baru. Senang and simple. Sesuai utk pemalas yang tegar macam wa. :’)

    Reviews:

    Tiramisu

    Tiramisu – harga tiramisu kt kedai mahal gila. Act, cara nk buat seriously senang & xperlu guna oven. Hanya perlukan peti sejuk & hand-mixer. :)

    Cupcorn
    Sweetcorn a.k.a jagung manis – aku pun pelik, why benda yang simple ni, harga utk 1 cup yg kecik macam kutu tu harga RM2.50. makan xsampai 2-3 sudu pun dah licin. Padahal bajet utk beli bahan2 wat sweetcorn ni xde la mahal pun. So, buat la sdiri. Lagi jimat dong.

    Custard Caramel

    Puding Telur – Kat kedai ni, RM2 sepotong ok….sebab tu laa aku suka masak on my own. Jimat dol.. Jimatttt.

    *****
    Resepi Tiramisu

    Bahan-bahan:
    200g cream cheese (boleh didapati di pasaraya)
    200g whipping cream
    ½ cawan gula halus
    1 pek besar biskut / kek span (dicelup ke dalam air kopi)
    1 paket 3 in 1 nescafe or milo (utk hiasan)

    Cara-caranya:
    1. Pukul whipping cream di dalam mangkuk adunan dengan hand mixer sampai gebu.
    2. Masukkan cream cheese & gula halus. Pukul sampai adunan itu segebu mungkin. Ketepikan.
    3. Untuk lapisan pertama, susunkan kek/biskut yg telah dicelup kopi ke dalam bekas kek. Untuk lapisan kedua, masukkan sedikit adunan krim tadi. Ulang langkah ini sehingga adunan habis.
    4. Hiaskan tiramisu dengan menabur 3 in 1 nescafe/milo di lapisan paling atas.
    5. Sejukkan di dalam peti sejuk selama 4-5 jam ataupun semalaman. Sedia untuk dihidang. :)
    Yaaa.. tiramisuku amat buruk rupanya... T_T

     *****
    Resepi Jagung Manis a.k.a Sweetcorn
    (serves for 1 person)



    Bahan-bahan:
    1 cawan jagung manis sejuk beku – rebus sehingga masak, dan toskan airnya.
    2 sudu susu pekat – jika ingin kurang manis, hanya guna 1 sudu besar.
    ½ sudu besar butter/marjerin planta
    2 cubit garam

    Cara-caranya:
    1. Masukkan jagung manis yg telah direbus ke dalam cawan.
    2. Satukan kesemua bahan, dan gaul sehingga rata. Sedia dihidang.

    p/s: kalau pakai microvawe, steam jagung tu 3-4 minit atau sehingga masak. Pastu boleh terus digaul dengan bahan2 lain.

    *****
    Resepi Kastard Karamel a.k.a Puding Telur
    (serves for 1 person)


    Bahan-bahan:
    -Puding
    1 biji telur – pastikan gred telur yg besar. Kalau kecil, guna 2 biji.
    2 sudu besar susu pekat – dikacau dengan ½ cawan air
    1 sudu besar gula

    -Sos Gula Hangus
    3 sudu besar gula
    Air secukupnya

    Cara-caranya:
    1. Pukul telur, gula & air susu di dalam mug/cawan besar sampai sebati.
    2. Kukus selama 10-15 minit atau sampai masak.
    3. Untuk sos pula, masukkan gula & 1 sudu besar air ke dalam periuk. Masak & kacau sehingga warna perang & pekat. Tutupkan api. Tambahkan ½ cawan air, kacau sehingga gula hangus itu cair. Tuangkan ke atas puding telur tadi. Sedia dihidang.
    p/s: kalau guna microvawe, set power to medium high, kukus puding tu selama 5 minit.

    That’s all for now. Ada resepi baru yg senang2, aku update plak. :)

    And thanks Google for the images. Malas punya pasal. :p

    Mekasih!

    Saturday, 11 June 2011

    Resepi Sate Ikan & Sos Manis

    Sate ikan *google image.
    Sape2 yang pernah makan sate ikan sila angkat tangan..!! Makanan ni sebenarnye amat femes kat Kelantan & Terengganu. Dulu masa aku kecik2, suka sangat beli benda ni. Rasa sate ikan ni macam keropok lekor jugak dan rasa dia kenyal. Pastu bila celup ngan kuah manis dia, uummmmmphhh sedap woo. Dulu harga dia 10sen 1 cucuk, tapi sekarang ni mahal RM1 untuk 5 cucuk. Kalau nak makan puas2 kena beli at least RM5-8 laaa.

    Masa aku balik Kelantan hari tu, aku pun belek2 la buku resepi RASA edisi bulan April. Tajuk dia lauk-pauk pilihan penjaja. Belek punya belek aku terjumpa resepi sate ikan ni. Dengan berapi-api sekali semangat aku nak buat benda ni. So, tadi aku buat la sate ikan ni. :)

    Home made sate ikan.

    Sate ikan dicelup sos manis, nyam nyam!
    Untuk sape2 yang mengidam nak makan atau terasa nak makan sate ikan ni, meh la buat sendiri. Murah je dari beli kat gerai tu. Cara nak buat ni senang sangat! Sesuai untuk orang bujang macam aku yang malas ni. Huk!

    Resepi Sate Ikan

    Sate ikan
     
    Bahan-bahan:
    500g isi ikan selayang – dikisar lumat
    100gm tepung ubi kayu/ tepung kanji
    1 biji bawang besar - dikisar
    1 sudu besar garam
    1/3 sudu teh serbuk perasa

    Cara memasak:
    1. Kisarkan isi ikan bersama bawang besar hingga lumat.
    2. Tuangkan ke dalam mangkuk dan gaulkan bersama tepung kanji, garam dan sedikit serbuk perasa.
    3. Gaulkan hingga sebati dan bulat-bulatkan menjadi bebola kecil.
    4. Panaskan minyak dan goreng sekejap.
    5. Cucukkan pada lidi dan bakar.

    p/s: kalau adunan tu lembik, tambahkan lagi tepung kanji sehingga adunan tu x melekat di tangan.

    *****
    Untuk sos manis pulak, puas aku google resepi untuk buat ni tapi tak jumpa-jumpa. So, aku reka sos ni ikut naluri dan perasaan aku. Ececece.. Alhamdulillah, jadi jugak sos ni. :’) *terharu*

    Resepi Sos Manis Sate Ikan (Edisi Esul. Muahaha)

    Sos manis sate ikan.

    Bahan-bahan:
    4 ulas bawang putih – dikisar lumat
    1 ½ cawan air
    1 sudu sudu besar tepung ubi kayu/tepung kanji –dibancuh dengan 2 sudu besar air
    4 sudu makan gula
    ½ sudu makan garam
    Sedikit serbuk perasa
    Sedikit pewarna merah

    Cara memasak:
    1.      Tumiskan bawang putih dalam periuk. (Tanpa minyak)
    2.      Masukkan air.
    3.      Masukkan gula, garam, serbuk perasa dan pewarna merah. Warna merah tu pakai sikit je untuk nampak warna pink. Kacau.
    4.      Masukkan tepung kanji yang telah dibancuh dan kacau sehingga mendidih.
    5.      Biarkan sejuk dan sedia untuk dihidang.

    Senang bakar atas dapur gas. Hokhok

    Selamat mencuba! ;)

    Sunday, 15 May 2011

    The Lost Drawing

    Love Hurts. By Esul (2007)
    Fuh.. Rindu kat lukisan aku ni. Aku lukis masa aku form 4 kott. Tahun 2007. Tadi terjumpa gamba ni lam henpon lama.. Lukisan yang original entah hilang kat mana. So funny tengok lukisan ni. Sebab dulu aku amat jiwang haha! Suma lukisan tentang2 love gituu. Huh but now, tangan keras. Tak mampu nak melukis dah. Sobs!

    P/S: Kalu hantar lukisan ni kat cikgu PSV, sure2 kena reject. Wuwu..

    Thanks for reading!